Majlis Hari Raya Aidilfitri 2022
Pihak sekolah telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 pada 16 Mei 2022.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini di harap dapat merapatkan silaturahim dan perpaduan diantara semua warga sekolah termasuk guru, staff sokongan, pekerja swasta, murid dan ibubapa serta komuniti setempat.
Sambutan ini merupakan aktiviti tahunan di SK Tanjung Pati (SERENTAPJAYA) selain daripada aktiviti-aktiviti lain. Ianya sedikit sebanyak dapat merealisasikan hasrat kerajaan membentuk warganegara yang mempunyai nilai murni yang tinggi dan saling hormati di antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama.
Penyelaras program ini merupakan guru Panitia Bahasa Melayu iaitu Cikgu Che Mazlan dan Puan Nor Asura serta dibantu ajk lain.
Galeri Raya
Gambar Pemenang Semasa Sambutan Hari Raya
