Majlis Hari Guru 2022
Guru atau pendidik disanjung dan dimuliakan kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka. Guru ibarat pelita, membakar diri dan menerangi kegelapan. Tanggal 16 Mei setiap tahun, negara akan meraikan hari yang cukup istimewa buat mereka yang bergelar guru. Sambutan Hari Guru bermakna kepada semua warga pendidik bukan sahaja untuk meraikan jasa dan pengorbanan mereka, tetapi juga sebagai dorongan kepada semua warga pendidik untuk terus memperjuangkan dan meningkatkan kualiti dalam mendidik pelajar. Jasa guru sememangnya besar dan tidak dapat terungkap dengan kata-kata. Setiap pelajar harus menghargai segala ilmu yang dicurah serta mendapatkan restu daripada guru, agar ilmu yang dipelajari mendapat berkat.
Pada 16 Mei 2022, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru 2022 bertempat di dewan kantin sekolah.

Sambutan Hari Guru Tahun 2022 bertemakan Guru Tunjang Sekolah Sejahtera.
Penjiwaan amalan baik merupakan pembudayaan nilai murni, kemahiran dan sikap positif yang dibangunkan dalam diri murid. Peranan guru ialah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menerapkan 14 elemen SEJAHTERA di dalam dan luar kelas untuk dijadikan amalan dalam kehidupan murid di sekolah dan luar sekolah.
Akronim yang menggabungkan 14 elemen nilai-nilai murni yang memberi penerapan dalam aspek nilai-nilai murni. Huruf “S” membawa maksud selamat, seronok dan sihat, huruf “E” pula bermaksud etika dan empati, huruf “J” bermaksud jati diri, huruf “A” bermaksud adab sopan, huruf “H” bermaksud harmoni, huruf “T” bermaksud tekun, teliti, dan terampil, huruf “E bermaksud eksplorasi, huruf “R” bermaksud rasional dan huruf “A bermaksud artikulasi.
Gambar sekitar Majlis Hari Guru 2022
